Pada hari ini dalam tahun 1915 bermulalah detik awal penentangan yang lebih dikenali sebagai Perang Tok Janggut untuk menentang sistem pentadbiran British di Kelantan. la mula tercetus apabila berlaku perbalahan di antara Tok Janggut dengan Sarjan Che' Wan, seorang anggota Polis British yang berakhir dengan kematian Sarjan itu.1
Tok Janggut atau nama sebenarnya Haji Mat Hasan 2 telah mengepalai satu penentangan orang-orang tempatan di daerah Pasir Putih menentang pihak pentadbiran British yang telah menimbulkan rasa tidak puashati masyarakat tempatan pada masa itu. Campurtangan British di Negeri Kelantan pada awal abad keduapuluh telah menyebabkan berlaku beberapa perubahan dasar sistem pentadbiran di negeri tersebut. Pihak British telah memperkenalkan sistem-sistem cukai yang baru yang bercanggah dengan kebiasaan rakyat tempatan dan telah melantik pegawai-pegawai untuk menggantikan tempat pembesar-pembesar daerah tradisional. Kewujudan alat-alat pentadbiran dan campurtangan pihak British dalam pentadbiran Negeri Kelantan ini telah menggugat kedudukan pembesar-pembesar daerah serta menimbulkan kemarahan mereka yang selama ini memiliki banyak keistimewaan.3
Di antara faktor-faktor lain yang membawa timbulnya penentangan ini ialah ketidakcekapan dan sikap tidak bertimbangrasa pihak pentadbiran Tanah Jajahan dan juga pegawai-pegawai tempatannya terutamanya En. Lattif iaitu Ketua Jajahan yang mentadbirkan daerah Pasir Putih. Beliau yang didatangkan oleh pihak British dari Singapura terlalu mengikut peraturan tugas dan kurang mengetahui sikap dan cara berfikir orang-orang tempatan; seorang yang bersikap British dan tidak mahu bercampur gaul dengan orang-orang tempatan.
Kemunculan Tok Janggut dan beberapa pembesar Melayu seperti Engku Besar 4 (Raja atau pemerintah Jeram), Encik Ishak dan Hajl Said yang telah mengepalai gerakan ini telah membangkitkan semangat rakyat untuk turut sama menentang pentadbiran baru kerajaan itu. Setengah daripada pejuang-pejuang Melayu ini menganggap penentangan ini adalah sebagai perang menentang pihak kafir (perang sabil).
Dengan semangat ini orang-orang Melayu telah menentang pihak British yang dibantu oleh Pasukan Polis yang kebanyakannya datang dari Singapura. Walaupun pejuang-pejuang Melayu tidak mempunyai peralatan perang yang moden dan lengkap, tetapi mereka telah menentang dengan beraninya sehingga ketitisan darah terakhir.
|
Selasa, 1 Oktober 2013
HIDS PERANG TOK JANGGUT
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan